TTAC — Train The Account ClerkDaftar sekarang

Latihan untuk memandaikan pekerja akaun dan finance

Staf sudah ada.
Tetapi laporan akaun masih tidak siap?

Sampai bila anda tak tahu bisnes untung atau rugi?Jualan ada. Prestasi sebenar masih tak jelas.

Sampai bila dokumen untuk auditor lewat siap?Dokumen tertangguh, urusan akaun ikut tertangguh.

Sampai bila urusan cukai asyik lewat?Rekod tak lengkap boleh menambah risiko kelewatan dan kos.

Mulakan dengan asas: latih staf urus dokumen dan rekod akaun dengan lebih teratur.

MSDI, Klang40 pesertaBatch 1
Daftar TTAC Basic · RM350

10–11 Oktober 2026 · 9.00 pagi–5.30 petang

2 hari14 jam pembelajaran
10 modulLatihan kerja akaun
30 hariAkses QNE
90 hariGroup support

UNTUK MAJIKAN SME

Jangan biar syarikat anda jadi
mangsa penalti LHDN, SSM dan KASTAM.

Staf yang tidak cukup latihan, pengalaman dan pengetahuan akan mengundang masalah seperti penalti yang berlipat ganda. Mereka mungkin mempunyai pengalaman lampau tetapi adakah pengetahuan mereka sentiasa dikemas kini?

01

Risau bila dokumen diminta, staf masih tercari-cari.

Auditor atau tax agent sudah meminta dokumen. Tarikh akhir semakin dekat, tetapi rekod masih tidak lengkap. Anda pula yang susah hati memikirkan urusan tertangguh dan kemungkinan kos tambahan.

02

Sudah bayar gaji, tetapi anda juga kena buat kerja akaun.

Setiap kali ada transaksi yang staf tidak faham, anda juga yang kena tunjuk, semak dan betulkan. Penat apabila masa untuk mengurus bisnes habis menyelesaikan kerja yang anda harap staf boleh urus.

03

Jualan ada, tetapi untung atau rugi pun masih tertanya-tanya.

Anda bekerja keras setiap hari. Tetapi apabila mahu tahu prestasi bisnes, laporan masih belum siap. Hendak tambah stok, ambil pekerja atau keluarkan modal pun jadi serba salah kerana angka sebenar belum jelas.

BILA STAF TIDAK CUKUP LATIHAN

Kerja akaun nampak berjalan.
Tetapi adakah caranya betul?

Tanpa latihan yang mencukupi, staf mungkin meneruskan cara lama tanpa menyedari kesilapan. Masalah kecil dalam rekod harian boleh terkumpul sehingga menyukarkan kerja akaun seterusnya.

01

Transaksi direkod, tetapi masuk akaun yang salah.

Staf mungkin mengikut entry lama tanpa memahami transaksi. Belanja, aset dan bayaran boleh tersalah kategori, menyebabkan rekod perlu dibetulkan sebelum laporan disediakan.

02

Dokumen disimpan, tetapi tidak lengkap dan sukar dicari.

Tanpa kaedah filing yang jelas, invois, resit dan bukti bayaran mudah terpisah. Apabila dokumen diminta, staf terpaksa mencari semula dan kerja lain tertangguh.

03

Baki bank, hutang dan stok tidak sepadan.

Bayaran yang tidak dipadankan, transaksi berganda atau pergerakan stok yang tertinggal boleh menyebabkan baki tidak tepat. Staf pula tidak tahu cara mengenal pasti punca perbezaan.

04

Kesilapan berulang, kerja akaun semakin tertunggak.

Jika staf tidak tahu langkah semakan dan rutin kerja yang betul, kesilapan yang sama boleh berulang setiap bulan. Penyediaan laporan menjadi lambat dan masa tambahan diperlukan untuk menyemak serta membetulkan rekod.

SEBELUM & SELEPAS LATIHAN

Daripada buat ikut biasa,
kepada buat dengan panduan.

Ini sasaran kemahiran latihan. Tahap penguasaan bergantung pada asas peserta, latihan dan penilaian.

Sebelum latihanSelepas latihan: sasaran peserta

Dokumen berselerak dalam e-mel, WhatsApp dan fail.

Susun, namakan dan cari semula dokumen digital.

Rekod pelanggan dan pembekal tidak dikemas kini.

Kemas kini baki dan senarai invois belum dibayar.

Pergerakan petty cash dan stok sukar dijejaki.

Rekod pergerakan serta kira baki dengan templat.

Buku bank tak sepadan, tak tahu mula dari mana.

Padankan transaksi dan sediakan rekonsiliasi ringkas.

Majikan sukar menilai kemahiran staf.

Majikan boleh rujuk perkembangan dan markah latihan.

TTAC Basic membina asas perekodan. Semakan menyeluruh, pelarasan, monthly closing, yearly closing dan laporan kewangan penuh dipelajari dalam Intermediate.

APA YANG AKAN DIPELAJARI

10 modul.
Satu aliran kerja yang tersusun.

Kenal pasti. Fahami. Buat sendiri dengan panduan. Setiap modul bergerak daripada asas kepada aplikasi praktikal.

KAEDAH PEMBELAJARAN YANG TERATUR

01

Tahu

Kenali asas akaun

Kenali istilah, kategori akaun dan dokumen bisnes.

Kenali langkah kerja

Ikuti urutan daripada menerima dokumen hingga merekod transaksi.

02

Faham

Fahami tujuan

Ketahui mengapa setiap dokumen dan langkah kerja diperlukan.

Fahami kesan transaksi

Kaitkan transaksi dengan perubahan pada rekod dan baki akaun.

03

Aplikasi

Buat latihan praktikal

Gunakan dokumen contoh dan templat untuk merekod transaksi.

Tunjukkan kemahiran

Lengkapkan kes praktikal yang menggabungkan perekodan, filing dan rekonsiliasi.

JADUAL INTENSIF

Dua hari untuk
kukuhkan asas kerja.

9.00 pagi–5.30 petang · MSDI, Klang · 14 jam pembelajaran, tidak termasuk rehat.

10–11 Oktober 2026 · Tempat: MSDI, Klang. Peserta perlu membawa laptop.

SIAPA YANG PATUT HADIR?

Orang yang pegang
rekod bisnes anda.

01 / UTAMA

Kerani akaun SME

Yang mahu mengukuhkan asas dan menyusun rutin kerja harian dengan lebih jelas.

02 / UTAMA

Staf admin yang turut buat akaun

Yang mengurus invois, bayaran, dokumen dan rekod tetapi belum mendapat latihan tersusun.

03 / TERBUKA JUGA

Pencari kerja

Yang mahu belajar tugasan asas kerani akaun dan mendapatkan sijil selepas memenuhi syarat latihan.

Tiada asas akaun? Boleh bermula di sini. Peserta perlu boleh menggunakan komputer dan mengendalikan fail; latihan tambahan mungkin diperlukan untuk bekerja secara berdikari.

UNTUK STAF. UNTUK MAJIKAN.

Latihan habis.
Sokongan masih ada.

Selepas dua hari, peserta mempunyai ruang untuk bertanya tentang pembelajaran dan aplikasi tugasan yang diajar.

90

hari group support

Sokongan selepas latihan untuk soalan berkaitan kandungan program.

30

hari akses QNE

Akses untuk peserta meneroka dan berlatih menggunakan perisian.

VISIBILITI UNTUK MAJIKAN

Perkembangan + markah staf

Kenal pasti kemahiran yang telah ditunjukkan dan bahagian yang masih memerlukan pengukuhan.

BATCH PERTAMA · 40 PESERTA

Asyik kena tunjuk
satu-satu?
Jom hantar staf belajar cara urus akaun.

Hantar kerani akaun atau staf admin anda untuk dua hari latihan praktikal di MSDI, Klang.

  • Latihan intensif 2 hari / 10 modul
  • Nota pembelajaran
  • Sijil Uruslah!*
  • Akses QNE selama 30 hari
  • Group support selama 90 hari
  • Akses perkembangan & markah untuk majikan
TAWARAN BATCH 1

Pilih pakej untuk pasukan anda

Yuran keseluruhan untuk latihan intensif dua hari.

1 orangRM350
BEST VALUE2 orangJimat RM100RM600RM300 seorang
3 orangJimat RM250RM800

LokasiMSDI, Klang

Tarikh10–11 Oktober 2026

Kapasiti40 peserta

Daftar sekarang

Pendaftaran dan pembayaran melalui OnPay.

Makanan tidak termasuk. Bawa laptop sendiri.
*Sijil tertakluk kepada kehadiran dan penilaian.

DAFTAR TTAC BASIC

Tempah tempat anda.

Lengkapkan maklumat dalam borang OnPay di bawah untuk meneruskan pendaftaran dan pembayaran.

Borang tidak dipaparkan? Buka borang terus di OnPay.

SEBELUM ANDA DAFTAR

Soalan biasa.

Boleh hantar staf yang tiada asas akaun?

Boleh. Program bermula dengan asas. Kemahiran asas komputer diperlukan dan peserta baharu mungkin memerlukan latihan tambahan selepas kelas.

Adakah latihan ini mengajar siapkan laporan penuh?

Basic fokus dokumen, perekodan dan rekonsiliasi bank. Semakan menyeluruh, pelarasan serta penutupan akaun bulanan dan tahunan berada dalam Intermediate.

Apa yang majikan boleh pantau?

Majikan yang menghantar pekerja mendapat akses kepada perkembangan pembelajaran dan markah penilaian mereka.

Apa yang perlu peserta bawa?

Laptop untuk latihan praktikal. Maklumat persediaan akan diberikan sebelum kelas.

Adakah makanan termasuk?

Tidak. Yuran merangkumi latihan, nota, sijil bersyarat, akses QNE 30 hari dan group support 90 hari.

Bagaimana pendaftaran dan pembayaran dibuat?

Klik butang daftar untuk ke borang OnPay pada halaman ini. Lengkapkan maklumat peserta dan ikut arahan pembayaran dalam borang.